Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Blog and blogging

Friday, December 23, 2011

Salam,

Dah berbulan-bulan blog ni wujud, still tak tahu nak tulis apa. Layout pun selalu berubah. Iman tak tetap lagi dalam berblog agaknya. Anyway, apa-apa pun, kali ni nak list down blog-blog yang selalu aku view and baca. Boleh dikatakan hari-hari bila on laptop, blog-blog ni wajib dibuka.

TopGear 

Bila diri dah minat sangat dengan kereta and topgear, maka hari-hari kena view website ni. Nak tau latest news dalam dunia kereta. Paling menarik artikel-artikel dari Jeremy Clarkson, Richard Hammod and James May. Artikel-artikel yang ditulis memang senang untuk dibaca. Unsur sinis dan sensitif tu memang wajib ada dalam tulisan tiga orang ni.

ZerotoHundred
| www.zerotohundred.com

Untuk dunia kereta di Malaysia, yang wajib view adalah website ni. Banyak info pasal kereta-kereta di Malaysia dan juga gambar-gambar menarik kereta yang ada di negara kita. Ianya di link terus ke forum ZerotoHundred. Kadang-kadang tu, keluar air mata tengok gambar Bentley, RR, Ferrari, Lambo yang ada kat Malaysia. Bila la nak ada sebijik kan.

Tony Fernandes
| www.tonyfernandesblog.com

Dalam bab bisnes dan perniagaan, boleh baca blog AirAsia CEO, Tony Fernandes. Sebagai CEo, memang dia sibuk untuk update selalu, tapi artikel-artikel yang ada sejak blog dia dibuat memang banyak ilmu yang kita boleh guna. Hope, one day boleh jadi macam dia. Personal view: Dato Tony dah terbang tinggi, tapi dia tetap tak lupa tanah yang dipijak.

A.Samad Said
| www.samadsaid.wordpress.com

Ini blog bapak A.Samad Said. seseorang yang cukup dihormati. bahasa yang mudah difahami and banyak ilmu di dalamnya. Wajib dibaca! Bapak A.Samad Said juga jarang update blog, tapi dia still update satu atau dua tulisan dalam masa sebulan. Bagi sesiapa yang dalam keadaan stress, tak tenang, cuba la baca sajak-sajak and tulisan pak samad. sangat menarik and sangat menenangkan.

Ada banyak lagi blog yang selalu dibuka. Kadang kadang tu ke politik macam TukarTiub, Malaysiakini.com, AnwarIbrahimBlog.com, kadang kadang tu santai aja macam Blogserius, Gempak.org, Carigold.com. Cuma yang penting bagi aku, adalah yang di atas.

Take care and have a good day.


# Kadang kadang, terfikir juga untuk balik ke zaman tanpa Facebook, twitter and semua ni. personal view: Semakin maju kita ke depan, semakin tumpul dan malas otak kita berfikir. 

Rokok ...dan kita

Thursday, September 29, 2011


Rokok ..ini inspirasi untuk kita semua ..

mulai esok aku akan cuba untuk quit ..aku akan cuba ......





Tips on blogging

Sunday, September 25, 2011



i just read a few tips on blogging.

i think its really important for us.im not going to write it here.

u can refer to those links:

   1) nameeroslan : newbie

   2) nameeroslan : BE earning



World's Greatest Drag Race

Wednesday, September 14, 2011



Japanese done a great job on Nissan GTR. Even the 458 Italia can't take it

Media

Wednesday, September 07, 2011

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian


Buletin Utama "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah "Kami tiada beca."

Malaysiakini "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Pancaindera "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."


p/s : hahaha ..sapa la yg mengarang ni ..credit to the owner/writer





Tersurat Tersiratnya Popia Goreng

Wednesday, August 17, 2011



Bahasanya mudah, "Popia Goreng" amat be-erti dan penuh dengan seribu makna


Sejarahnya bermula sekian lama. Popia goreng tidak pernah menjadi kegemaran. Usahkan Popia goreng, Popia basah pun tidak menjadi pilihan. Ianya tidak pernah menggiurkan mata yang melihat ini...itu di usia lama

Di usia sekarang, Ia tiba2 mendatangkan giur dan berahi bagi mata ini. Nafsu makan itu tiba2 sahaja meluap2.Pantang melihat, pasti membeli. - Ini aneh! ..

Ubat Khas ketika Ramadhan

Tuesday, August 16, 2011

Ini adalah khas bagi mereka yang seringkali mempunyai masalah ketika berpuasa. Bagi mereka, "Gastrik" dan "Plastik Hitam" adalah teman baik ketika ini. Tak mengapa, ubatnya sudah ada sejak dari tahun 90'an.

Cuma, 
Promosi nya tidak hebat, Produk nya juga tidak berterusan, Hebahan nya tidak selalu ..Pokok nya,kita terlepas pandang ma'jun ini ...

Cuba lihat promosi iklan nya di bawah ...