Salam
Sudah hampir tiga minggu tidak menulis. Terakhir pada Oktober yang lalu. Hilang arah hilang punca. Sangat sibuk dengan urusan hari-hari dari hal audit kerja sehinggalah bab makhluk halus jembalang tanah hantu raya. Mudahnya, apabila diri tiada berdamping dengan Pencipta, jalan lurus sentiasa berbelok-belok. Hantu raya? Bomoh pun ada membela.
Politik apa khabar sekarang? Hampir terlupa kepada politik semasa. Ialah, anak muda mana lah banyak ilmunya. Asyik facebook dan internet, mana nak cari masa membaca buku senaskah dua. Yang dibaca pun buku majalah hiburan. Ilmu kehidupan jauh ditinggalkan. Berbahas pun atas logik akal dan nafsu. Entah waras entah tidak. Berdebat? Hahaha..
Tertangguh jugak karangan kapitalis sambungan karangan yang dulu. Mungkin lain masa. Untuk mengarang, ilmu perlu ada. Maaf ya.
| GK
0 comments:
Post a Comment