Learning Process

Sunday, May 13, 2012


"Learning is fun" *Pheww..

Masuk tahun 2012, dah bertahun-tahun aku belajar. Dari darjah 1 ( tadika tak masuk.Mak tak suruh ) sampai la sekarang. Insya-Allah, tahun ni akan grad dengan accounting degree. Insya-Allah. But after this, tak tau nak stay accounting or join other field. Rasa rugi jugak kalau tak fokus dalam bidang accounting.

Ramai yang cakap accounting ni course yang susah, beban, berat. Ya, agak berat, tapi rasanya semua course akan jadi berat kalau kita tak boleh follow. Apa-apa course sekalipun, kita mesti kena pulun, struggle, work hard and smart. 

Robert Kiyosaki and his book
Accounting sebenarnya fun.Kita boleh apply, konsep accounting dalam daily life kita. Boleh belajar untuk letak life kita balance antara asset,equity and liability. konsep ni diajar Robert Kiyosaki in Poor Dad Rich Dad and also in Cashflow 101 game. 

Buku ni memang terbaik untuk semua. tak kira umur. Insya-Allah, kalau kita tau konsep accounting and cara nak apply dalam kehidupan, kita tak akan susah.
Ok, see u next time.
Nak sambung study account sat noh.

busy busy buzzz! 2

Tuesday, March 20, 2012

Salam

Minggu ni merupakan minggu ke-3 untuk semester akhir di UiTM ni. Bila dengar minggu ke-3, bolehlah dikategorikan sebagai minggu bersenang-lenang lagi. But in reality, minggu ke02 pun dah macam final examination week untuk kami last semester student. Kerja banyak and hari-hari we'll have works to do and things to present.

Accounting student selalunya lebih kepada calculation. Tapi untuk semester akhir ni, we have absolute theory subjects. Memang otak kena bergerak untuk menjawab soalan la. Otak kena jadi manager and director. Anyway, moga-moga semester ni akan ok and give benefits for all of us.

Gudnite and have a sweet dream guys.

Blog and blogging

Friday, December 23, 2011

Salam,

Dah berbulan-bulan blog ni wujud, still tak tahu nak tulis apa. Layout pun selalu berubah. Iman tak tetap lagi dalam berblog agaknya. Anyway, apa-apa pun, kali ni nak list down blog-blog yang selalu aku view and baca. Boleh dikatakan hari-hari bila on laptop, blog-blog ni wajib dibuka.

TopGear 

Bila diri dah minat sangat dengan kereta and topgear, maka hari-hari kena view website ni. Nak tau latest news dalam dunia kereta. Paling menarik artikel-artikel dari Jeremy Clarkson, Richard Hammod and James May. Artikel-artikel yang ditulis memang senang untuk dibaca. Unsur sinis dan sensitif tu memang wajib ada dalam tulisan tiga orang ni.

ZerotoHundred
| www.zerotohundred.com

Untuk dunia kereta di Malaysia, yang wajib view adalah website ni. Banyak info pasal kereta-kereta di Malaysia dan juga gambar-gambar menarik kereta yang ada di negara kita. Ianya di link terus ke forum ZerotoHundred. Kadang-kadang tu, keluar air mata tengok gambar Bentley, RR, Ferrari, Lambo yang ada kat Malaysia. Bila la nak ada sebijik kan.

Tony Fernandes
| www.tonyfernandesblog.com

Dalam bab bisnes dan perniagaan, boleh baca blog AirAsia CEO, Tony Fernandes. Sebagai CEo, memang dia sibuk untuk update selalu, tapi artikel-artikel yang ada sejak blog dia dibuat memang banyak ilmu yang kita boleh guna. Hope, one day boleh jadi macam dia. Personal view: Dato Tony dah terbang tinggi, tapi dia tetap tak lupa tanah yang dipijak.

A.Samad Said
| www.samadsaid.wordpress.com

Ini blog bapak A.Samad Said. seseorang yang cukup dihormati. bahasa yang mudah difahami and banyak ilmu di dalamnya. Wajib dibaca! Bapak A.Samad Said juga jarang update blog, tapi dia still update satu atau dua tulisan dalam masa sebulan. Bagi sesiapa yang dalam keadaan stress, tak tenang, cuba la baca sajak-sajak and tulisan pak samad. sangat menarik and sangat menenangkan.

Ada banyak lagi blog yang selalu dibuka. Kadang kadang tu ke politik macam TukarTiub, Malaysiakini.com, AnwarIbrahimBlog.com, kadang kadang tu santai aja macam Blogserius, Gempak.org, Carigold.com. Cuma yang penting bagi aku, adalah yang di atas.

Take care and have a good day.


# Kadang kadang, terfikir juga untuk balik ke zaman tanpa Facebook, twitter and semua ni. personal view: Semakin maju kita ke depan, semakin tumpul dan malas otak kita berfikir. 

Minggu-mingu yang memenatkan

Thursday, November 17, 2011

Salam

Sudah hampir tiga minggu tidak menulis. Terakhir pada Oktober yang lalu. Hilang arah hilang punca. Sangat sibuk dengan urusan hari-hari dari hal audit kerja sehinggalah bab makhluk halus jembalang tanah hantu raya. Mudahnya, apabila diri tiada berdamping dengan Pencipta, jalan lurus sentiasa berbelok-belok. Hantu raya? Bomoh pun ada membela.

Politik apa khabar sekarang? Hampir terlupa kepada politik semasa. Ialah, anak muda mana lah banyak ilmunya. Asyik facebook dan internet, mana nak cari masa membaca buku senaskah dua. Yang dibaca pun buku majalah hiburan. Ilmu kehidupan jauh ditinggalkan. Berbahas pun atas logik akal dan nafsu. Entah waras entah tidak. Berdebat? Hahaha..

Tertangguh jugak karangan kapitalis sambungan karangan yang dulu. Mungkin lain masa. Untuk mengarang, ilmu perlu ada. Maaf ya.

| GK